Kerjaya dalam bidang pemotoran Alec Issigonis

Alec Issigonis memasuki bidang pembinaan kereta sebagai seorang jurutera dan pereka bentuk. Dia mula bekerja dengan syarikat Humber dan dalam tahun-tahun 1930-an dan 1940-an menceburi bidang lumba kereta. Pada tahun 1936, Issigonis berpindah untuk bekerja dengan syarikat Morris Motor Company di Cowley di mana dia ditugaskan menghasilkan sistem suspensi hadapan kereta Morris 10. Model ini tidak diusahakan disebabkan oleh kerana Perang Dunia II tetapi digunakan untuk kereta MG Y Type.

Issigonis mengusahakan beberapa projek untuk Morris dalam tahun-tahun Perang Dunia II dan pada penghujung perang memulakan kerja reka bentuk sebuah kereta moden zaman lepas perang yang diberikan nama kod “Mosquito’. Rekaan ini menjadi kereta Morris Minor, yang dihasilkan dari tahun 1948 sehingga ke tahun 1971.

Dalam tahun 1952, apabila syarikat British Motor Corporation (BMC) diwujudkan hasil penggabungan syarikat Morris dan syarikat Austin, Issigonis berpindah kerja dengan Alvis Cars di mana dia membuat reka bentuk untuk kereta salun moden menggunakan enjin V-8 aluminium. Issigonis menguji penggunaan sistem suspensi bebas yang terhubung. Tetapi rekaan ini tidak dikeluarkan oleh Alvis kerana kosnya terlalu tinggi.